1) Mesin pengisian cecair (Filling Machine)
Pengenalan : Applikasi mesin ini sesuai untuk pengusaha yang mengisi produk berasaskan cecair yang memerlukan sukatan isipadu yang sekata. Cara ini dapat mengurangkan ralat isipadu yang diisi kerana sukatan yang dikehendaki akan disukat dengan tepat melalui alat penyukat khas. Pengendalian mesin adalah separa automatik (semi-auto).
Mesin ini telah mendapat pengiktirafan "silver medal" dalam Pertandingan Inovasi dan Rekacipta 2013 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.
2) Mesin Pembersih Kacang Soya
Pengenalan : Mesin ini amat sesuai digunakan oleh pengusaha kacang soya. Dalam proses pembuatan tempe, air soya, kicap dan apa-apa sahaja proses yang melibatkan kacang soya, kacang soya perlu dibersihkan untuk memastikan produk yang dihasilkan mencapai tahap kebersihan yang baik. Mesin ini dilengkapi dengan sistem pengawalan elektronik bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan
3) Mesin Extract Pati Kacang Soya
Pengenalan : Mesin ini dapat mengeluarkan hampir 90% jus soya dari kacang soya yang telah dimesin. ianya amat sesuai bagi pengusaha air kacang soya berskala kecil dan sederhana.
No comments:
Post a Comment