Disini akan dikongsikan beberapa hasil rekacipta.
1) Mesin Pembentuk Temilung.
Pengenalan : Mesin ringkas (simple machine) ini membantu pengusaha kuih tradisional tepung pelita dalam menghasilkan temilung dengan cepat, kemas, dan mempunya bentuk yang sekata. Masa yang diambil untuk menyiapkan satu temilung bagi mereka yang belum pernah membentuk temilung ini adalah kurang dari 10 saat. Bagi yang telah mahir menggunakan alat ini, mereka dapat membentuk temilung dengan memejam mata.
Hanya 9 langkah mudah diperlukan untuk menghasilkan satu temilung. Temilung yang sudah siap di bentuk |
Mesin Tepung Pelita |
Mesin ini telah menerima anugerah Perak (silver medal) dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta 2013 anjuran Perpustakaan Awam Negeri Kelantan
Pengenalan : Perangkap ini dapat mengurangkan populasi pembiakan nyamuk aedes seterusnya menghapuskan penularan demam denggi. Keistimewaan perangkap ini berbanding cara yang biasa digunakan seperti fogging adalah tidak membahayakan manusia kerana tiada bahan kimia dibebaskan yang dihidu oleh manusia. Idea ini telah dianugerahkan "silver medal" dalam Pertandignan Inovasi dan Rekacipta 2013 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
perangkap nyamuk aedes |
3) Mesin Roti Jala
Pengenalan : Mesin ini sesuai digunakan oleh pengusaha kuih roti jala. Ianya dapat membantu pengusaha roti jala menghasilkan roti jala yang kemas dan cepat. Pengguna hanya perlu membacuh tepung dan masukkan kedalam tangki bancuhan. Acuan roti jala akan bergerak secara automatik untuk menghasilan roti jala yang kemas dan cantik.
4) Hydrogen Booster (fuel saver)
Projek ini masih lagi dalam pembinaan. Penghasilan gas hydrogen untuk disuap ke sistem pembakaran perlu di laras untuk mendapat penjimatan minyak yang optimum. Setakat ini, ujian penjimatan keatas van vennete C20 dapat menimatkan minyak sebanyak 30%. Sesiapa yang berminat untuk menyertai kajian ini amat dialu-alukan kerana perlu kepada kepakaran yang pelbagai
5) Mesin Pencuci dan Pembilas Botol Kaca
Pengenalan : Mesin ini amat sesuai untuk pengusaha yang menggunakan botol kaca sebagai medium pembungkusan. Ianya berfungsi untuk membersih kotoran berat dan ringan dengan menggunakan bantuan motor dan sistem mekanikal khusus yang diadaptasi dari teknik manual. Perbezaan mesin ini dengan mesin pencuci botol yang ada dipasaran adalah hasil cucian yang maksima terhadap botol yang dicuci. Dengan menggunakan mesin ini 30 - 40 botol dapat dibersihkan dengan kadar masa 10 minit.
Prototype mesin pencuci botol kaca
No comments:
Post a Comment